Nuffnang

Selasa, 22 Julai 2014

Kenali Istilah dalam Perakaunan

Salam Bahagia, buat saudara dan saudari semua,

Dalam apa jenis bidang sekalipun pasti kita akan bertemu istilah yang sinonim dengan bidang tersebut. Ianya mungkin asing bagi kita tapi merupakan bahasa yang berkaitan dalam bidang tersebut.

Pada kali ini kita akan mengenali secara sedikit berkenaan istilah yang sering digunakan dalam akaun. Kita mungkin biasa mendengar tapi tak memahaminya, tak kenal maka tak cinta maka marilah bersama untuk cuba memahaminya secara santai..


En Alien sudah sedia utk belajar:-


  • Debit dan Kredit
    • Mitos/ Pengertian umum -      Debit   = duit masuk
    •                                           Kredit  = duit keluar
    • Wikipedia-berasal dari perkataan Latin debere (to owe/ berhutang) dan credere (to entrust/ diamanahkan), udoh bunyi gedebe pulak bunyinya...hihi
    • Maksud yang boleh dimengertikan adalah - Sistem Catatan Beregu yang melengkapkan satu transaksi dalam urusan merekod berdasarkan jenis kumpulan akaun yang berkaitan.
    • Contohnya debit dan kredit - pertambahan hanya berlaku pada jenis akaun yang berkaitan sahaja seperti berikut:-
  • Susutnilai/ Depreciation
    • Pengurangan nilai aset tetap berdasarkan tempoh jangka hayatnya 
    • Dalam perakaunan setiap aset akan dibuat jangkaan untuk penyusutan nilai berdasarkan tempoh hayat aset dan kaedah yang sering digunakan iaitu secara susutnilai kadar lurus atau straight line. 
    • Susutnilai dikira bagi mengambil realisasi nilai barangan pada tahun semasa kerana umum semua tahu bahawa nilai barangan akan menyusut berdasarkan penggunaannya atau kekurangan nilai berdasarkan kepesatan teknologi.
    • Jangkaan Susutnilai bagi sebuah aset akan dikira sebagai perbelanjaan didalam Penyata Untung Rugi/ Profit and Loss dan akan mengurangkan jumlah Keuntungan Syarikat namun dalam Pengiraan Cukai perbelanjaan susutnilai akan dikeluarkan kembali daripada dikira sebagai perbelanjaan kerana ia tidak melibatkan Nilai Tunai yang sebenar.

  • Tempoh Perakaunan/  Accounting Period
    • Tempoh/ jangkamasa Perakaunan Syarikat
    • Kebiasaan tempoh perakaunan bagi Syarikat adalah 12 bulan = 1 tahun
    • Namun bagi Syarikat Sdn Bhd yang baru ditubuhkan ia dibenarkan menutup akaunnya sehingga 18 bulan 

  • Konsep Akruan/ Accrual
    • Akruan adalah salah satu konsep asas perakaunan, Padanan hasil dan belanja berdasarkan tarikh ianya terhasil.
    • Contoh bil telefon dimana dalam konsep ini, perbelanjaan telefon akan direkodkan pada tarikh ianya terhasil bukan tarikh ia dibayar. Walaubagaimanapun perbelanjaan akruan/ belanja tertunggak tadi akan diselesaikan dalam satu akaun apabila bayaran telah dibuat. 

  • Kos Sejarah/ Historical Cost
    • Kos Sejarah - Konsep perakaunan yang menetapkan nilai yang harus direkod bagi sebarang perbelanjaan adalah pada nilai kos ianya dibayar bukan berdasarkan pasaran semasa. Ini ditetapkan bagi mewujudkan keseragaman didalam penetapan rekod transaksi dalam perakaunan. 

  • Materialiti
    • Materialiti - Kebendaan. Sebarang transaksi mestilah mempunyai kepentingan dan bernilai sebelum ianya direkod didalam akaun. Sekiranya tidak bernilai pastilah ianya tidak bermakna untuk dimasukkan sebagai transaksi syarikat.
    • Didalam audit makna materialiti ini mempunyai pengertian yang berlainan- dimana kadar kepentingan materialiti ini akan diukur/ dikira berdasarkan kaedah dan formula tertentu. Semakin tinggi kadar materialiti yang dikira adalah juruaudit, maka semakin teliti dan lebih rumit lagi kerja audit yang akan dijalankan oleh juruaudit tersebut.  


Cukup sedikit selingan untuk kita ketahui berkenaan istilah akaun ini, Jumpa dilain masa...

Wassalam...
















Isnin, 7 Julai 2014

Kemana menghilangnya dokumen sokongan Perniagaanku?


Salam Ukhwah pada semua...

Sketsa:-

Begitu pantas masa berlalu hinggakan kini sudah menjelang tiba waktunya....Diriku terpana dan merasa kaget sekali betapa perlunya perniagaanku perlu disediakan laporan kewangan kerana tempoh masanya sudahpun tiba...

Sahabatku telah berulangkali memberitahuku untuk merekodkan segala butiran yang berkaitan perniagaanku, namun mungkin kesibukanku telah menyebabkanku alpa dan terlupa segalanya...mungkin fokusku pada jualan atau pendapatan saja... 

Aku diberitahu oleh akauntanku untuk menyediakan "dokumen sokongan perniagaan" untuk beliau menyiapkan laporan kewanganku.....Aku tercari-cari, habis ku gelidah segala ceruk pejabatku namun hampa kerana kealpaanku memberikan "kesan yang serius" kepada bentuk laporan kewanganku nanti...


Persoalannya:-

  • Apakah "dokumen sokongan perniagaan" itu?
  • Apakah "kesan yang serius" tersebut?
Jeng...jeng ...jeng..


DOKUMEN SOKONGAN PERNIAGAAN

  • Dokumen sokongan perniagaan adalah rekod dalam bentuk bertulis atau bercetak yang memaparkan maklumat berkaitan perniagaan samada masuk atau keluar.
  • Dokumen yang berkaitan perniagaan adalah bergantung juga kepada Jenis Perniagaan/ Nature of Business Tuan-tuan. Contoh yang diberi merujuk kepada perniagaan kecil dan sederhana (SME)
  • Dokumen penting berkaitan secara langsung dengan Kewangan dan melibatkan Perniagaan adalah seperti berikut:-

          Duit Masuk/ Inflow
  1. Invois Jualan - memaparkan jumlah jualan syarikat
  2. Resit Terima Bayaran-Untuk mengenalpasti bayaran yang diterima selaras dengan jumlah yang diterima dalam Bank
  3. Slip Deposit Bank- Jumlah bayaran masuk oleh Pelanggan
  4. Penyata Bank - Menunjukkan duit keluar masuk syarikat melalui Bank (sangat penting)
  5. Buku Tunai - Rekod duit keluar masuk syarikat melalui Tunai di tangan


          Duit Keluar/ Outflow

  1. Baucar Bayaran/ Payment Voucher - Baucar yang dikeluarkan bagi pembayaran oleh syarikat
  2. Buku Cek - Pastikan maklumat dibuku cek diisikan dengan lengkap agar mudah untuk tuan-tuan menjejaki semula jenis bayaran tersebut.



  • Dokumen dan maklumat lain yang penting secara tidak langsung melibatkan Perniagaan, antaranya adalah seperti berikut:-

  1. Senarai Penghutang
  2. Senarai Pemiutang
  3. Senarai Aset
  4. Salinan Perjanjian Sewa Pejabat
  5. Salinan Perjanjian Sewa Beli Kenderaan
  6. Salinan Perjanjian berkaitan Kontrak atau Tender (bergantung pada jenis perniagaan)
  7. Salinan Penyata Pinjaman
  8. Salinan Pelaburan
  9. Senarai Gaji Pekerja
  10. Senarai Stok di Stor
  11. Salinan Penyata Akaun yang lepas (Penyata Laporan Audit bagi Syarikat Sdn. Bhd.)
  12. Salinan Pengiraan Cukai yang lepas
  13. Salinan Borang Kesetiausahaan (Borang Memorandum and Articles, Borang 9, 11, 24, 32A, 49 (Bagi Syarikat Sdn. Bhd.)


  • Bagi "Pemilik Perniagaan", barangkali sering terlupa bahawa duit yang mereka belanjakan adalah merupakan kos dan boleh direkodkan sebagai perbelanjaan syarikat. Pokok pangkalnya ia berkaitan dengan perniagaan contoh seperti perbelanjaan berikut:-
    • Perjalanan - Petrol, Tol dan Parking - Belanja perjalanan dalam menguruskan perniagaan
    • Belanja Keriaan/ Entertainment - Belanja makan Pelanggan atau Pekerja
    • Perbelanjaan pendahuluan untuk operasi syarikat
    • dan lain-lain
  • Walaubagaimanapun dokumen berkaitan perlu disimpan sebagai bukti sokongan.

KESAN KEKURANGAN/ KETIADAAN DOKUMEN SOKONGAN PERNIAGAAN (TIDAK LENGKAP)


  1. Penyata Kewangan menjadi tidak tepat. Paparan maklumat Jualan atau Belian dan Perbelanjaan tidak seimbang mengakibatkan samada ianya menjadi samada terlalu Untung atau terlalu Rugi atau tidak logik sama sekali.
  2. Apabila penyata kewangan tidak tepat, ia akan memberikan kesan kepada syarikat terhadap pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) khususnya dari segi laporan untung rugi yang bakal ditaksir...
  3. Penyata kewangan yang dihasilkan tidak dapat dijadikan sumber rujukan yang tepat kepada syarikat bagi merangka pelan kewangan tahun yang akan datang..
Pendek kata berbagai masalah yang akan timbul, hasil daripada maklumat yang tidak lengkap..


Oleh itu, Tuan-tuan semua, marilah kita bersama-sama bermuhasabah bukan saja pada perniagaan malah diri kita juga agar bersedia dimasa akan datang.

Setiap maklumat kewangan tanpa bukti sokongan berupa dokumen perniagaan adalah bagaikan PATI (Pendatang Tanpa Izin) dan tidak akan diterima..


Salam Perkongsianku Untuk Semua....

"Selamat Maju Jaya"









Sabtu, 5 Julai 2014

Sketsa Asas Buku Simpan Kira @ Book Keeping Basic


Salam Ramadan diawal kalam, buat Tuan-tuan yang dihormati

Hari ini kita masuk selangkah demi selangkah ke alam Accounting, ke arah kawalan pengurusan kewangan tuan-tuan.  
  • Tidak perlu berasa bimbang berkenaan perkara Teknikal, malah apa yang penting adalah kesedaran @ awareness tuan-tuan berkenaan tindakan yang boleh memudahkan proses tersebut.


  • Lazimnya, setiap transaksi urusniaga tuan-tuan akan menghasilkan dokumen-dokumen. Ianya sangat penting dalam proses simpankira kerana merupakan bukti yang menyokong kepada penghasilan / kewujudan transaksi tersebut. 
  • Seringkali terjadi penyediaan akaun didesak oleh usahawan berdasarkan anggaran @ estimate tanpa mengambilkira dokumen sokongan yang akan mengakibatkan masalah dikemudian hari. Kaedah begini amatlah tidak digalakkan walaupun ianya mudah.
  • Jadi bagaimana kita ingin mengelakkan terjadinya masalah seperti ilustrasi diatas......sehingga segala dokumen sudah menimbun dan tidak terurus bak Zombie...

Bagaimana Caranya?

Al-Kisah:-

  • JUALAN - Jualan adalah transaksi dengan Pelanggan@ Customer

  1. Menyediakan Invois Jualan - maklumat berkenaan no. invois, tarikh, pelanggan, butiran dan jumlah.
  2. Buat 2 kaedah penyimpanan @ rekod - hardcopy dan softcopy
  • Hardcopy-Simpan semua salinan invois kedalam fail dan diasingkankan mengikut bulan. Invois yang belum berbayar hendaklah difailkan berasingan.
  • Softcopy - Taip senarai invois dan butiran lanjut kedalam Microsoft excel 


  • BELIAN - Belian pula melibatkan Bayaran kepada Pembekal @ Supplier
  1. Merekodkan Invois dan Resit Belian - maklumat berkenaan no. invois belian, tarikh, pembekal, butiran dan jumlah.
  2. Buat 2 kaedah penyimpanan @ rekod - hardcopy dan softcopy
  • Hardcopy-Simpan semua resit belian kedalam fail dan diasingkankan mengikut bulan. Bagi invois belian yang belum dibayar hendaklah difailkan berasingan. 
  • Softcopy - Taip senarai invois pembekal dan butiran lanjut kedalam Microsoft excel

  • Tunai dan Bank - Transaksi duit keluar masuk syarikat samada Tunai atau Bank
  1. Duit Masuk - Failkan Duit Masuk - Slip Bank bagi Bank/ Sekiranya Tunai sediakan satu buku Log Duit masuk dimana maklumat berkenaan tarikh, butiran pembayar, jumlah. Didalam Fail, asingkan mengikut Bulan.
  2. Duit Keluar - Sediakan Baucar Bayaran@ Payment Voucher- Failkan mengikut bulan. Lampirkan/ staplekan sekali bersama salinan resit atau invois bayaran.
  3. Digalakkan menyediakan Buku Tunai@ Cash Book dalam bentuk Microsoft Excel. 
  

  • Aset - Aset syarikat berupa kenderaan, perabot dan lekapan, komputer dan lain-lain
  1. Sediakan senarai Aset Syarikat anda dalam Microsoft Excel
  2. Failkan salinan invois belian aset.





  • Modal dan Ambilan@ Advances - Duit Kemasukan Modal kedalam perniagaan oleh Usahawan dan ambilan duit keluar/ tuntutan
  1. Senaraikan segala modal anda dalam Microsoft Excel.
  2. Failkan segala resit dan tuntutan dan diasingkan mengikut bulan.



Secara amnya kaedah asas ini boleh digunapakai oleh syarikat kecil dan sederhana (SME). Semakin besar syarikat, maka semakin bertambah pelbagai jenis transaksi yang perlu direkod dan memerlukan khidmat seorang akauntan.

Bagi syarikat yang kecil, bahagian penyimpanan asas dokumen yang disebutkan diatas tadi seperti jualan, belian, buku tunai dan bank, aset, modal dan ambilan perlu dilakukan dengan sempurna. Penyediaan laporan kewangan boleh disub-kan/ diserahkan kepada firma akaun luar untuk menjimatkan masa kerana terdapat bahagian teknikal akaun yang memerlukan kemahiran dalam bidang tersebut. 

Perkara paling penting sebenarnya bergantung kepada pihak yang bertanggungjawab untuk merekodkan transaksi/ Book Keeper. Samada ianya diuruskan oleh usahawan bersendirian atau pun pekerja yang penting adalah disiplin dan Will Power.  


Sebarang penambahan ilmu amatlah dialu-alukan....terima kasih

Selamat Beramal... 












Rabu, 2 Julai 2014

Pengenalan kepada Akaun


Salam Ramadan buat semua! Tentunya "Akaun" adalah suatu yang asing didengari bagi kita namun sebenarnya dekat dengan kehidupan seharian kita..

Sebenarnya akaun adalah suatu Seni atau Manifestasi Merekod, Mengasing, Mengumpulkan, Mengkelaskan ke arah menghasilkan maklumat kewangan yang dapat dibaca dan diterjemahkan kepada pengguna-penggunanya...

Nampak agak berat dari segi definasinya walaupun demikian kita ambil contoh mudah seperti ilustrasi diatas Buku 555 yang sinonim dengan buku hutang.....

  • Apa Tujuan Buku 555 tersebut ditulis?- Merekodkan Hutang
  • Apa Kandungan Buku tersebut - Maklumat Hutang
  • Perincian Buku tersebut - Tarikh, Nama Penghutang, Jumlah Hutang
  • Pengguna Buku - Pemilik Buku/ Usahawan 

Secara tak langsung Takrifan Buku 555 atau Buku Hutang itu sendiri adalah satu proses perakaunan dimana ianya disediakan untuk merekodkan hutang dimana perincian hutang tersebut ditulis berkaitan nama penghutang dan jumlah hutang dan diasingkan mengikut tarikh...Seterusnya maklumat ini dapat digunakan oleh Tuan Kedai/ Usahawan tadi sebagai satu laporan untuk beliau bertindak..

Walaubagaimanapun Proses Akaun ini akan menjadi Realiti atau Nyata dengan Tindakan....iaitu tindakan merekod, sekiranya tiada tindakan merekod maka segala transaksi akan berlangsung tanpa jejak....

Namun dalam kehidupan kita tiada satupun amal yang tidak akan direkod oleh Malaikat Raqib dan Atid yang dedikasi terhadap tugasan mereka. Marilah kita Beramal dengan Tulus Ikhlas dan Tingkatkan Produktiviti Bulan Ramadan, Insya'Allah...










 

Selasa, 1 Julai 2014

Salam dengan Lafaz 'Bismillah' pembuka bicara,
hasrat dihati ingin berkongsi perihal Akaun yang sering dikhuatiri
agar dapat memberi sedikit informasi buat saudara saudari

Dengan cara santai dan mencuba kaedah yang berlainan
kita cuba belajar dengan tujuan yang murni agar dapat dimanfaati

Kehadiran blog ini cuba memberikan keyakinan kepada
usaha-usaha saudara-saudari untuk menguruskan dan merekod urusan kewangan
dengan cara yang mudah dan bersesuaian

Salah dan silap harap dimaafi
sempena bulan Ramadan yang Mulia
Saya ingin ucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak buat semua
Ikhlas Tulus semoga Berjaya