Nuffnang

Rabu, 2 Julai 2014

Pengenalan kepada Akaun


Salam Ramadan buat semua! Tentunya "Akaun" adalah suatu yang asing didengari bagi kita namun sebenarnya dekat dengan kehidupan seharian kita..

Sebenarnya akaun adalah suatu Seni atau Manifestasi Merekod, Mengasing, Mengumpulkan, Mengkelaskan ke arah menghasilkan maklumat kewangan yang dapat dibaca dan diterjemahkan kepada pengguna-penggunanya...

Nampak agak berat dari segi definasinya walaupun demikian kita ambil contoh mudah seperti ilustrasi diatas Buku 555 yang sinonim dengan buku hutang.....

  • Apa Tujuan Buku 555 tersebut ditulis?- Merekodkan Hutang
  • Apa Kandungan Buku tersebut - Maklumat Hutang
  • Perincian Buku tersebut - Tarikh, Nama Penghutang, Jumlah Hutang
  • Pengguna Buku - Pemilik Buku/ Usahawan 

Secara tak langsung Takrifan Buku 555 atau Buku Hutang itu sendiri adalah satu proses perakaunan dimana ianya disediakan untuk merekodkan hutang dimana perincian hutang tersebut ditulis berkaitan nama penghutang dan jumlah hutang dan diasingkan mengikut tarikh...Seterusnya maklumat ini dapat digunakan oleh Tuan Kedai/ Usahawan tadi sebagai satu laporan untuk beliau bertindak..

Walaubagaimanapun Proses Akaun ini akan menjadi Realiti atau Nyata dengan Tindakan....iaitu tindakan merekod, sekiranya tiada tindakan merekod maka segala transaksi akan berlangsung tanpa jejak....

Namun dalam kehidupan kita tiada satupun amal yang tidak akan direkod oleh Malaikat Raqib dan Atid yang dedikasi terhadap tugasan mereka. Marilah kita Beramal dengan Tulus Ikhlas dan Tingkatkan Produktiviti Bulan Ramadan, Insya'Allah...










 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan