Nuffnang

Selasa, 22 Julai 2014

Kenali Istilah dalam Perakaunan

Salam Bahagia, buat saudara dan saudari semua,

Dalam apa jenis bidang sekalipun pasti kita akan bertemu istilah yang sinonim dengan bidang tersebut. Ianya mungkin asing bagi kita tapi merupakan bahasa yang berkaitan dalam bidang tersebut.

Pada kali ini kita akan mengenali secara sedikit berkenaan istilah yang sering digunakan dalam akaun. Kita mungkin biasa mendengar tapi tak memahaminya, tak kenal maka tak cinta maka marilah bersama untuk cuba memahaminya secara santai..


En Alien sudah sedia utk belajar:-


  • Debit dan Kredit
    • Mitos/ Pengertian umum -      Debit   = duit masuk
    •                                           Kredit  = duit keluar
    • Wikipedia-berasal dari perkataan Latin debere (to owe/ berhutang) dan credere (to entrust/ diamanahkan), udoh bunyi gedebe pulak bunyinya...hihi
    • Maksud yang boleh dimengertikan adalah - Sistem Catatan Beregu yang melengkapkan satu transaksi dalam urusan merekod berdasarkan jenis kumpulan akaun yang berkaitan.
    • Contohnya debit dan kredit - pertambahan hanya berlaku pada jenis akaun yang berkaitan sahaja seperti berikut:-
  • Susutnilai/ Depreciation
    • Pengurangan nilai aset tetap berdasarkan tempoh jangka hayatnya 
    • Dalam perakaunan setiap aset akan dibuat jangkaan untuk penyusutan nilai berdasarkan tempoh hayat aset dan kaedah yang sering digunakan iaitu secara susutnilai kadar lurus atau straight line. 
    • Susutnilai dikira bagi mengambil realisasi nilai barangan pada tahun semasa kerana umum semua tahu bahawa nilai barangan akan menyusut berdasarkan penggunaannya atau kekurangan nilai berdasarkan kepesatan teknologi.
    • Jangkaan Susutnilai bagi sebuah aset akan dikira sebagai perbelanjaan didalam Penyata Untung Rugi/ Profit and Loss dan akan mengurangkan jumlah Keuntungan Syarikat namun dalam Pengiraan Cukai perbelanjaan susutnilai akan dikeluarkan kembali daripada dikira sebagai perbelanjaan kerana ia tidak melibatkan Nilai Tunai yang sebenar.

  • Tempoh Perakaunan/  Accounting Period
    • Tempoh/ jangkamasa Perakaunan Syarikat
    • Kebiasaan tempoh perakaunan bagi Syarikat adalah 12 bulan = 1 tahun
    • Namun bagi Syarikat Sdn Bhd yang baru ditubuhkan ia dibenarkan menutup akaunnya sehingga 18 bulan 

  • Konsep Akruan/ Accrual
    • Akruan adalah salah satu konsep asas perakaunan, Padanan hasil dan belanja berdasarkan tarikh ianya terhasil.
    • Contoh bil telefon dimana dalam konsep ini, perbelanjaan telefon akan direkodkan pada tarikh ianya terhasil bukan tarikh ia dibayar. Walaubagaimanapun perbelanjaan akruan/ belanja tertunggak tadi akan diselesaikan dalam satu akaun apabila bayaran telah dibuat. 

  • Kos Sejarah/ Historical Cost
    • Kos Sejarah - Konsep perakaunan yang menetapkan nilai yang harus direkod bagi sebarang perbelanjaan adalah pada nilai kos ianya dibayar bukan berdasarkan pasaran semasa. Ini ditetapkan bagi mewujudkan keseragaman didalam penetapan rekod transaksi dalam perakaunan. 

  • Materialiti
    • Materialiti - Kebendaan. Sebarang transaksi mestilah mempunyai kepentingan dan bernilai sebelum ianya direkod didalam akaun. Sekiranya tidak bernilai pastilah ianya tidak bermakna untuk dimasukkan sebagai transaksi syarikat.
    • Didalam audit makna materialiti ini mempunyai pengertian yang berlainan- dimana kadar kepentingan materialiti ini akan diukur/ dikira berdasarkan kaedah dan formula tertentu. Semakin tinggi kadar materialiti yang dikira adalah juruaudit, maka semakin teliti dan lebih rumit lagi kerja audit yang akan dijalankan oleh juruaudit tersebut.  


Cukup sedikit selingan untuk kita ketahui berkenaan istilah akaun ini, Jumpa dilain masa...

Wassalam...
















10 ulasan:

  1. Tuan punya blog, saya ambil ilmu dalam blog ni.Saya mohon halalkan.
    Terima kasih

    BalasPadam
  2. Saya mintak izin guna ilmu dlm blog ini

    BalasPadam
  3. ape asas yg perlu yg tahu utk pandai dan mahir dalam bidang perakaunan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara asas dalam perakaunan adalah kepentingan merekod, samada duit masuk atau keluar...kemudian laporan yg boleh kita hasilkan daripada rekod keluar masuk tadi...

      Padam
  4. Bgus la blog tuan .....sya harap banyak lagi tuan bole share

    BalasPadam
  5. bleh tuan tnjukkan cara membuat buku rekod.sya benar2 x faham cara nk mulaknnya

    BalasPadam
  6. boleh saya tahu apa yang dimaksudkan dengan tempoh kredit?

    BalasPadam
  7. Kad kredit sama maksud dengan tempoh kredit kn???

    BalasPadam